Pos tempatan (dalam Malaysia)
Kami menghantar tempahan anda melalui perkhidmatan kurier EasyParcel (Poslaju dan Airpak sahaja). Kos penghantaran akan ditentukan semasa bayaran selepas anda memasukkan alamat penghantaran.
Bagi penghantaran ke Sarawak dan Sabah yang melebihi 2kg, kami menyediakan penghantaran melalui Pos Domestik (Pos Malaysia) bagi menjimatkan kos.
Pos Antarabangsa (luar Malaysia)
Untuk pelanggan antarabangsa, kami menghantar tempahan anda melalui Flexipack Antarabangsa oleh Pos Malaysia.
Sila ambil perhatian, akan ada caj tambahan (dilabel Caj Pengendalian) RM4.60 untuk “International Track On RR”. Bayaran ini adalah bayaran Pendaftaran (RM1.60) dan caj perkhidmatan (RM3.00) untuk penghantaran barang pos berdaftar ke destinasi asing. Anda akan diberi nombor pengesanan supaya anda boleh menjejaki pergerakan bungkusan anda.
Nota:
- Masa penghantaran yang dianggarkan adalah untuk bandar-bandar utama sahaja. Penghantaran ke kawasan di luar bandar mungkin lebih lama dari yang dijangkakan.
- Parcel barangan adalah tertakluk kepada pemeriksaan kastam. Barangan tertakluk kepada pemeriksaan dan/atau pelepasan kastam mungkin mengambil masa tambahan antara 48-72 jam bergantung kepada pihak berkuasa tempatan.
- Item mungkin tertakluk kepada kawalan tambahan dan peraturan domestik negara destinasi. Jika itu berlaku, pelanggan adalah dinasihatkan untuk berurusan secara terus dengan pihak berkuasa berkaitan di negara anda.
Kesan dimana Parcel anda
Pos Malaysia – klik